Book an Appointment with SISTEM TEMUJANJI ONLINE JPJ TERENGGANU: SISTEM TEMUJANJI ONLINE JPJ NEGERI TERENGGANU
Waktu Operasi Kaunter JPJ Negeri Terengganu/ JPJ Cawangan Kemaman/ JPJ Cawangan Besut/
8.00 Pagi - 4.30 Petang (Ahad - Rabu)
8.00 pagi - 3.00 petang (Khamis)
Rehat 1.00 Petang -2.00 Petang

9.00 Pagi - 12.15 Tengahari (Jumaat)
9.00 Pagi - 12.30 Tengahari ( Sabtu)

JPJ Cawangan UTC Terengganu:
Isnin hingga Ahad 8.00 Pagi - 4.30 Petang
Rehat 1.00 Petang -2.00 Petang
Rehat/ Solat Jumat 12.15 Tengahari - 2.45 Petang


TERMA & SYARAT

1. Tempahan adalah berdasarkan siapa awal didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain.

2. Pilih tarikh dan slot masa mengikut waktu urusniaga kaunter rasmi iaitu 8.00 pagi hingga 4.30 petang kecuali pada hari Khamis jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Slot pada hari Jumaat juga di buka bermula jam 9.00 Pagi hingga 12.15 tengahari dan Sabtu 9.00 Pagi hingga 12.30 tengahari. Pejabat Cawangan UTC JPJ Terengganu beroperasi setiap hari jam 8.00 Pagi hingga 4.30 Petang dan ditutup pada CUTI UMUM PERSEKUTUAN/ NEGERI.

3. Pemohon perlu ada di pejabat JPJ Terengganu tepat pada masa temujanji yang di buat. Pihak JPJ Terengganu berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat.

4. Notifikasi butiran temujanji akan diemel kepada pemohon, sila kemukakan slip temujanji atau "screen shot" slip temujanji kepada petugas JPJ semasa temujanji. Pelanggan akan di berikan no giliran semasa berurusan di JPJ Terengganu.

5.Setiap individu hanya dibenarkan membuat 1 tempahan Slot dalam satu tarikh. Mana-mana individu atau Wakil yang membuat lebih dari 1 tempahan slot akan di tolak.

6. Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem ini. JPJ Terengganu berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.

7.JPJ juga menerima mod pembayaran menggunakan Cek dan Deraf Bank termasuk dalam mod pembayaran secara "Cashless".

8.Sekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam dan batuk, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula.

9. Pemohon diingatkan bahawa Slip temujanji ini bukanlah satu kebenaran untuk rentas daerah atau negeri. Pemohon tertakluk kepada syarat-syarat serta prosuder yang di tetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan arahan yang sedang berkuatkuasa.

10. Sila pastikan Maklumat Pemohon pada Slip Temujanji adalah sama dengan individu yang akan hadir berurusan. Pihak JPJ berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya Maklumat Pemohon pada Slip Temujanji berlainan dengan individu yang hadir

Teruskan ikuti laman sosial rasmi JPJ Negeri Terengganu untuk mengikuti informasi terkini.

https://www.facebook.com/JPJTRG1/?ref=bookmarks
#JPJMalaysia
#JPJTerengganu
#DigitalisasiMelestariIntegriti

*PEMOHON BOLEH TERUS MEMBUAT PILIHAN PERKHIDMATAN TANPA PERLU LOG MASUK ATAU DAFTAR TERLEBIH DAHULU*

Untuk teruskan tempahan sila klik tanda ( x ) di penjuru atas sebelah kanan pemakluman ini.

DIKEMASKINI PADA 14.8.2021
SISTEM TEMUJANJI ONLINE JPJ TERENGGANU
Officials/Government