Book an Appointment with SISTEM TEMUJANJI ONLINE JPJ NEGERI KELANTAN: SISTEM TEMUJANJI ONLINE JPJ NEGERI KELANTAN
Waktu Operasi Kaunter JPJ Negeri Kelantan :
9.00 Pagi - 4.00 Petang (Ahad - Rabu)
9.00 pagi - 3.00 petang (Khamis)

Waktu Operasi Kaunter JPJ Cawangan UTC Kelantan
8.30 pagi - 2.30 petang (Ahad - Rabu)
8.30 pagi - 1.30 tengahari (Khamis)

TERMA & SYARAT

* Temujanji ini adalah untuk PELANGGAN PERSENDIRIAN sahaja. WAKIL SYARIKAT atau EJEN yang berdaftar dengan JPJ Negeri Kelantan perlu merujuk terus kepada BAHAGIAN KELOMPOK.

1.Temujanji ini tidak boleh dianggap sebagai kebenaran untuk merentas negeri / daerah;

2.Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain;

3.Permohonan temujanji boleh dibuat seawal tiga(3) hari sebelum dan selewat-lewatnya satu(1) hari sebelum tarikh temujanji (tertakluk kepada kekosongan Slot);

4.Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi / bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu urusan kaunter bagi sesetengah Cawangan JPJ (rujuk Portal JPJ bagi maklumat Operasi Pejabat );

5.Pemohon hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan cuti kelepasan am bagi negeri-negeri. Pilih Tarikh mengikut jadual terkini Cuti Kelepasan Am Persekutuan atau Negeri Tahun 2021. Permohonan pada tarikh cuti kelepasan am akan terbatal dan permohonan janji temu baru perlu dibuat;

6.Walau apapun masa yang dinyatakan dalam Slot Waktu sistem ini, ianya masih tertakluk kepada waktu urusniaga rasmi kaunter, waktu rehat kaunter, hari kelepasan am, cuti bencana, cuti peristiwa, pengisytiharan kerajaan dan apa-apa waktu yang diwartakan oleh kerajaan;

7.Pemohon perlu berada di Pejabat JPJ seperti dalam Maklumat Temujanji sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu temujanji. Pihak JPJ berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat;

8.Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji. Sila rujuk laman web rasmi JPJ Malaysia di www.jpj.gov.my untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan;

9.Pastikan pemohon menerima e-mel pengesahan dan butiran temujanji melalui e-mel yang telah didaftarkan semasa membuat tempahan. Sila cetak dan tunjukkan pautan atau Slip Temujanji JPJ kepada pegawai bertugas apabila diminta semasa hadir temujanji. Pemohon yang gagal kemukakan Slip Temujanji atau pautan pengesahan tidak dibenarkan memasuki permis;

10.Sila pastikan Maklumat Pemohon pada Slip Temujanji adalah sama dengan individu yang akan hadir berurusan. Pihak JPJ berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya Maklumat Pemohon pada Slip Temujanji berlainan dengan individu yang hadir;

11.Setiap individu hanya dibenarkan membuat maksima 1 tempahan Slot dalam satu tarikh. Untuk tidak mengganggu pelanggan lain, pihak JPJ berhak menghalang individu yang menempah melebihi 1 Slot dari membuat urusniaga bagi Slot ke-2 dan seterusnya dalam satu tarikh;

12.Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem ini. JPJ berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan;

13.URUSAN PEMBAYARAN SECARA E-PAYMENT MENGGUNAKAN KAD ATM/DEBIT ATAU KAD KREDIT adalah digalakkan;

14.Sekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam dan batuk, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula;

15.Pemohon adalah diingatkan bahawa permohonan temujanji di Jabatan Pengangkutan Jalan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) PKP/PKPB Majlis Keselamatan Negara dan arahan yang sedang berkuatkuasa;
SISTEM TEMUJANJI ONLINE JPJ NEGERI KELANTAN
Officials/Government